Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana melayari halaman aduan pelanggan IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, halaman web ini disediakan bagi membolehkan orang ramai khasnya pelajar, pensyarah, staf dan orang awam yang ingin membuat aduan terus kepada pihak pengurusan Institut secara atas talian. Aduan, cadangan dan komen bernas daripada orang ramai adalah sangat dialu-alukan bagi membolehkan pihak kami meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan seterusnya membentuk sebuah organisasi yang cekap dan berkesan.
Pelanggan perlu klik pada butang Teruskan, kemudian lengkapkan maklumat berdasarkan borang aduan yang disediakan. Bagi pelanggan yang telah sertakan alamat e-mel semasa membuat aduan, salinan aduan dan setiap maklum balas akan dihantar terus ke alamat e-mel anda.
Akhir sekali, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih atas keprihatinan tuan/puan. Sekian terima kasih. |